Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75400 Melaka. No Telefon : 06-2822264 E-mail : jhep_perempuanmelayu@yahoo.com

PENEMPATAN PISMP JANUARI 2009 & PGSR NOVEMBER 2008

Semua pelajar PISMP Januari 2009 dan PGSR November 2008 dikehendaki mengisi borang penempatan secara atas talian di www.moe.gov.my/ipgm. Klik pada permohonan penempatan. Sila hubungi talian 06-2822264 (Pn. Azua / Pn. Zainab) untuk mendapatkan username dan kata laluan. Pastikan ejaan nama anda adalah mengikut kad pengenalan. Sukacita diingatkan agar pelajar bersedia dengan segala maklumat yang diperlukan sebelum mengisi borang tersebut. Borang yang telah dihantar TIDAK BOLEH diedit pada masa akan datang. Borang yang telah diisi selengkapnya hendaklah dicetak sebanyak 2 SALINAN mengikut kategori berikut:
Opsyen Pendidikan Khas - Cetakan Bahagian Pendidikan Khas
Opsyen Pendidikan Islam - Cetakan Bahagian Pendidikan Islam
Lain-lain opsyen - Cetakan Bahagian Sekolah Harian

Borang yang telah dicetak hendaklah dilekatkan dengan GAMBAR UKURAN PASPOT terbaharu (Pelajar perempuan Islam mesti bertudung) dan DITANDATANGANI. Sila hantarkan cetakan tersebut bersama-sama dokumen (2 SALINAN YANG DISAHKAN OLEH MENTOR / GURU BESAR) berikut ke pejabat JHEP MELALUI KETUA UNIT masing-masing selewat-lewatnya 30 APRIL 2012.


1.  Kad pengenalan
2.  Surat beranak
3.  Surat tawaran belajar
4.  Sijil SPM
5.  Sijil SPM Julai (jika ada)
6.  Sijil nikah (jika telah berkahwin)
7.  Surat pengesahan majikan suami / isteri (jika telah berkahwin)
8.  Sijil bakat seperti pidato tarian etc (peringkat daerah ke atas - jika ada)
9.  Sijil kokurikulum (peringkat daerah ke atas - jika ada)
10.  Surat pengesahan doktor (jika sakit)
11.  Kad jemputan kahwin (jika ingin berkahwin dalam tempoh 3 bulan)
12.  Buku rekod perkhidmatan (untuk pelajar PGSR sahaja)

Harap maklum.

No comments:

Post a Comment