Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75400 Melaka. No Telefon : 06-2822264 E-mail : jhep_perempuanmelayu@yahoo.com

Portal Rasmi IPGKPM

Sila layari portal rasmi HEP di Laman Rasmi IPG Kampus Perempuan Melayu (klik)

PENDAFTARAN DI SPP BAGI PELAJAR KPLI (KDC) NOV 2010, B.ED TESL JUL 2006 & KPLI J-QAF JAN 2011

Semua pelajar yang tamat pada Jun 2012 dikehendaki mendaftar dengan SPP secara dalam talian untuk temuduga bagi tujuan pelantikan. Sila layari www.spp.gov.my. Tarikh tamat pendaftaran adalah pada 15 JUN 2012. Kegagalan tuan/puan mendaftar akan menjejaskan urusan pelantikan. Sebarang masalah berhubung pendaftaran hendaklah dikemukakan terus ke SPP di talian 03-88717366 / 7368 / 7392 / 7393 / 7394 / 7395. Harap maklum.

Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI-SABK

Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI-SABK akan diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh : 4/6/2012

Masa Pendaftaran: 8.00 pagi - 10.30 pagi

Bayaran : RM 200
(menggunakan wang pos/kiriman wang sahaja atas nama : "PENGARAH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU". Tunai tidak diterima.

Tempat : Perkarangan Anjung Tadbir

Pakaian : Rasmi dan kemas:
a. Lelaki - Kemeja lengan panjang putih, seluar slack hitam/gelap, berkasut hitam, berstoking dan bertali leher.
b. Perempuan - Berbaju kurung putih, berkain hitam, tudung putih,berkasut hitam bertutup dan bertumit.

Minggu Pengurusan : 4 - 6 Jun 2012 (Wajib hadir)

Sila muat turun dokumen berkaitan
Maklumat pendaftaran
Senarai nama calon
Kit pendaftaran
Buku Panduan Pendaftaran

TAKLIMAT PENEMPATAN KPLI j-QAF JANUARI 2012

Satu taklimat berkaitan penempatan ke sekolah 2013 selepas tamat latihan akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh    :  5 Jun 2012 (Selasa)
Masa     :  2.30 petang
Tempat  :  Dewan Tun Fatimah

Sila bawa bersama perkara-perkara berikut:

1)  Komputer riba & broadband
2)  Kad pengenalan, surat beranak & surat tawaran KPLI j-QAF
3)  Sijil SPM / SPM Julai
4)  Ijazah, Transkrip & Pengiktirafan Ijazah JPA
5)  Sijil kokurikulum
6)  Sijil bakat
7)  Sijil nikah & surat akuan majikan suami / isteri (bagi yg telah berkahwin)


Kehadiran pelajar berkaitan adalah WAJIB dan direkodkan.

Interaksi KDC & PGSR MEI/JUN 2012 akan dilaksanakan pada 28 Mei 2012 hingga 9 Jun 2012.

Sila muat turun jadual interaksi

TAKLIMAT PERKHIDMATAN KPLI (KDC) NOV 2010 & KPLI j-QAF JAN 2011

Satu taklimat berkaitan perkhidmatan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh      :  24 Mei 2012 (Khamis)
Masa       :  2.15 petang
Tempat    :  Dewan Tun Fatimah

Semua pelajar yang menjalani latihan di NEGERI MELAKA, NEGERI SEMBILAN & JOHOR (DAERAH LEDANG) diWAJIBkan hadir.

Antara kandungan taklimat:
1)  Tawaran Pelantikan
2)  Temuduga ke jawatan tetap
3)  Pengesahan jawatan
4)  Gaji, elaun & kemudahan
5)  Etika penjawat awam
6)  Lain-lain perkara berkaitan perkhidmatan

Sila muat turun surat panggilan

MAKLUMAT BIG PGSR

Sila muat turun surat berikut

KONVOKESYEN IPG TAHUN 2012

Adalah dimaklumkan konvokesyen akan dilaksanakan pada ketentuan berikut :

Tarikh : 10-12 Julai 2012
Tempat: Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya
Sidang : *maklumat ini akan dimasukkan sedikit masa lagi

* maklumat lengkap akan dimasukkan setelah diterima.

TAKLIMAT PENEMPATAN PISMP JAN 2009 & PGSR NOV 2008

Taklimat penempatan untuk mengemaskini maklumat penempatan secara atas talian akan diadakan pada ketetapan berikut:

PISMP JAN 2009
Tarikh   :  10 Mei 2012 (Khamis)
Masa    :  2.30 petang
Tempat :   Dewan Tun Fatimah

PGSR NOV 2008
Tarikh   :  14 Mei 2012 (Isnin)
Masa    :  2.30 petang
Tempat  : Dewan Tun Fatimah

Kehadiran adalah WAJIB. Sila bawa bersama KOMPUTER RIBA dan BROADBAND
PROGRAM SYARAHAN PERDANA
Disampaikan oleh:

Datuk Dr. Haili bin Dolhan
Rektor,
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia


Aturcara Program

Sesi  1  : Rektor Bersama Pensyarah - Pensyarah IPG Kampus Perempuan Melayu
Masa    : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Fatimah


Sesi  2  : Sesi Rektor Bersama Guru-Guru Pelatih
Masa    : 10.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Dewan Tun Fatimah dan Dewan Srikandi

Perhatian Kepada Semua Guru pelatih B.Ed Tesl Ambilan Jun 2006

Taklimat Kursus
Tarikh :20 April 2012
Tempat : DTF
Masa : 4.00 ptg

Semua  Guru pelatih B.Ed Tesl Ambilan Jun 2006 perlu hadir

Tarikh Kursus Induksi

Tarikh : 28 - 30 Mei 2012
Tempat : DTF IPGK Perempuan Melayu

PENEMPATAN PELAJAR TAHUN AKHIR PGSR AMBILAN NOVEMBER 2008 DAN PISMP AMBILAN JANUARI 2009

Sila dapatkan slide untuk rujukan pengisian borang penempatan secara atas talian. (klik sini)

Seminar Dan Pameran Pemulihan Bacaan Dan Penulisan Dalam Bahasa Melayu

Sukacitanya dimaklumkan Seminar dan Pameran Pemulihan Bacaan dan Penulisan Dalam Bahasa Melayu akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 28 April 2012
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Seri Melur
Anjuran : Unit MTE 5 dan Unit PIM 3
              PPG Ambilan Jun 2011

p/s :muat turun surat jemputan

TAKLIMAT PERKHIDMATAN B.ED TESL JULAI 2006

Sukacita dimaklumkan bahawa satu taklimat berkaitan perkhidmatan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh   :   9 April 2012
Hari      :   Isnin
Masa    :   2.30 petang
Tempat :   Bilik Mesyuarat Seri Kesidang

Kehadiran semua pelajar B.ED TESL Julai 2006 adalah WAJIB

Antara kandungan taklimat:
1)  Urusan temuduga
2)  Pelantikan dan pengesahan dalam jawatan
3)  Gaji dan cuti
4)  Elaun dan kemudahan
5)  Etika penjawat awam

Harap maklum.

Muat turun surat panggilan

PENEMPATAN PISMP JANUARI 2009 & PGSR NOVEMBER 2008

Semua pelajar PISMP Januari 2009 dan PGSR November 2008 dikehendaki mengisi borang penempatan secara atas talian di www.moe.gov.my/ipgm. Klik pada permohonan penempatan. Sila hubungi talian 06-2822264 (Pn. Azua / Pn. Zainab) untuk mendapatkan username dan kata laluan. Pastikan ejaan nama anda adalah mengikut kad pengenalan. Sukacita diingatkan agar pelajar bersedia dengan segala maklumat yang diperlukan sebelum mengisi borang tersebut. Borang yang telah dihantar TIDAK BOLEH diedit pada masa akan datang. Borang yang telah diisi selengkapnya hendaklah dicetak sebanyak 2 SALINAN mengikut kategori berikut:
Opsyen Pendidikan Khas - Cetakan Bahagian Pendidikan Khas
Opsyen Pendidikan Islam - Cetakan Bahagian Pendidikan Islam
Lain-lain opsyen - Cetakan Bahagian Sekolah Harian

Borang yang telah dicetak hendaklah dilekatkan dengan GAMBAR UKURAN PASPOT terbaharu (Pelajar perempuan Islam mesti bertudung) dan DITANDATANGANI. Sila hantarkan cetakan tersebut bersama-sama dokumen (2 SALINAN YANG DISAHKAN OLEH MENTOR / GURU BESAR) berikut ke pejabat JHEP MELALUI KETUA UNIT masing-masing selewat-lewatnya 30 APRIL 2012.


1.  Kad pengenalan
2.  Surat beranak
3.  Surat tawaran belajar
4.  Sijil SPM
5.  Sijil SPM Julai (jika ada)
6.  Sijil nikah (jika telah berkahwin)
7.  Surat pengesahan majikan suami / isteri (jika telah berkahwin)
8.  Sijil bakat seperti pidato tarian etc (peringkat daerah ke atas - jika ada)
9.  Sijil kokurikulum (peringkat daerah ke atas - jika ada)
10.  Surat pengesahan doktor (jika sakit)
11.  Kad jemputan kahwin (jika ingin berkahwin dalam tempoh 3 bulan)
12.  Buku rekod perkhidmatan (untuk pelajar PGSR sahaja)

Harap maklum.

Baucer Buku (Sah Sehingga 30 April 2012)

Untuk makluman semua pelajar IPG bagi tahun 2012 layak menerima baucer buku, kecuali pelajar - pelajar Bed. Tesl yang telah menerima baucer buku di IPT.

Sehubungan itu Pesta Buku akan diadakan di IPGK PM pada ketetapan berikut :

1.Hari: Sabtu
Tarikh :31 Mac 2012
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang

2. Hari : Sabtu
Tarikh : 7 April 2012
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang


Jadual pengambilan baucer buku adalah seperti berikut :

Pengambilan baucer di kaunter HEP
Mulai : 31 Mac 2012 hingga 24 April 2012
 Kaunter dibuka seperti berikut:

1. Isnin - Khamis
    (2.30 petang - 4.30 petang)
2. Jumaat
    (2.45 petang - 4.30 petang)
3. Sabtu ( 31 Mac 2012 dan 7 April 2012 shj)
    10.00 pagi - 12.30 tgh dan 2.30 petang - 3.30 petang

**digalakkan ambil baucer buku pada 31 Mac dan 7 April kerana ada dianjurkan pesta buku untuk pelajar

Pengambilan baucer melalui wakil
Wakil dibenarkan dengan syarat membawa surat kebenaran daripada pelajar

Pengambilan baucer melalui pos (pelajar yang berada di luar negeri Melaka shj.)
Hantarkan sampul pos ekspress beralamat sendiri ke :
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka

Sertakan bersama surat akuan kebenaran pelajar ingin melalui penghantaran pos
Tarikh akhir pada 24 April 2012

Pihak HEP tidak akan bertanggungjawab sekiranya:
1. Tiada surat akuan kebenaran daripada pelajar
2. Tiada sampul pos ekspres beralamat sendiri.
3. Berlaku kehilangan semasa penghantaran POS.
4. Lewat terima daripada tarikh akhir,24 April 2012

LAPORAN KEHADIRAN GDL PELAJAR KPLI J-QAF JANUARI 2012

Semua pelajar KPLI j-QaF ambilan Januari 2012 dikehendaki mengisi Borang Kehadiran Guru Dalam Latihan setiap bulan sepanjang menjalani latihan di sekolah. Sila muat turun borang tersebut di sebelah. Borang yang telah lengkap ditandatangani oleh guru besar hendaklah sampai ke JHEP selewat-lewatnya pada 5 haribulan setiap bulan. Sekiranya anda menggunakan pos, sila alamatkan ke:

IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun,
75400 Melaka.
(U/P: Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

* fax : 06-2818467 -U/P: Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PELEKAT KENDERAAN 2012 PELAJAR PPG JUN 2011

Adalah dimaklumkan bahawa pelakat kenderaan yang diguna pakai pada tahun 2011 tidak lagi sah. Sehubungan ini, pelajar dikehendaki membuat permohonan baharu untuk pelekat kenderaan bagi tahun 2012 dengan kadar segera. Sila muat turun Borang Pelekat Kenderaan Pelajar di sebelah. Kenderaan pelajar yang tidak mempunyai pelekat tahun 2012 tidak dibenarkan masuk ke kawasan kampus untuk interaksi akan datang. Harap maklum.

Perhatian Kepada Semua Guru Pelatih Unit PISMP Jan 2009,KPLI jQAF Jan 2011, KPLI KDC Nov 2010 dan B.ED Tesl 2006

Kepada semua guru pelatih unit PISMP amb. Januari 2009, KPLI jQAF amb. Jan 201, KPLI KDC amb. Nov 2010 dan B.ED Tesl 2006 anda diminta untuk memohon sijil tapisan keselamatan dengan kadar segera, sijil ini diperlukan untuk dibawa semasa temuduga pelantikan jawatan.Permohonan perlu dibuat secara online pada laman web berikut : E-Vetting

Pastikan anda menggunakan email yang sah dan mengisi dengan lengkap semua maklumat yang diperlukan termasuk menyediakan gambar berukuran pasport.

Setelah tapisan anda diluluskan, anda akan menerima sijil tapisan keselamatan secara email, anda boleh mencetak sijil tersebut untuk dibawa semasa temuduga. Anda bertanggungjawab penuh untuk menjaga sijil yang telah diberikan.

Jika timbul masalah bolehlah berhubung dengan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. Telefon : 03-88726137 Email : shakirah@cgso.gov.my , noreen@cgso.gov.my

Perhatian Kepada Semua Ketua Unit

Anda diminta mengambil perhatian terhadap perkara berikut :

1. Anda diingatkan untuk menghantar borang laporan tutorial sejurus tutorial dilaksanakan. Borang tutorial tersebut boleh dimuat-turun melalui link di blog ini. Hantarkan satu salinan borang ke JHEP dengan memasukkan borang tersebut ke dalam fail yang disediakan dan turunkan tandatangan pada borang yang disediakan.

2. Anda diingatkan untuk menurunkan tandatangan semasa mengambil dan memulangkan buku rekod kehadiran pada setiap hari. Masa untuk memulangkan buku rekod kehadiran adalah sebelum jam 4.30 petang pada setiap hari.