Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75400 Melaka. No Telefon : 06-2822264 E-mail : jhep_perempuanmelayu@yahoo.com

Portal Rasmi IPGKPM

Sila layari portal rasmi HEP di Laman Rasmi IPG Kampus Perempuan Melayu (klik)

PENDAFTARAN DI SPP BAGI PELAJAR KPLI (KDC) NOV 2010, B.ED TESL JUL 2006 & KPLI J-QAF JAN 2011

Semua pelajar yang tamat pada Jun 2012 dikehendaki mendaftar dengan SPP secara dalam talian untuk temuduga bagi tujuan pelantikan. Sila layari www.spp.gov.my. Tarikh tamat pendaftaran adalah pada 15 JUN 2012. Kegagalan tuan/puan mendaftar akan menjejaskan urusan pelantikan. Sebarang masalah berhubung pendaftaran hendaklah dikemukakan terus ke SPP di talian 03-88717366 / 7368 / 7392 / 7393 / 7394 / 7395. Harap maklum.

Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI-SABK

Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI-SABK akan diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh : 4/6/2012

Masa Pendaftaran: 8.00 pagi - 10.30 pagi

Bayaran : RM 200
(menggunakan wang pos/kiriman wang sahaja atas nama : "PENGARAH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU". Tunai tidak diterima.

Tempat : Perkarangan Anjung Tadbir

Pakaian : Rasmi dan kemas:
a. Lelaki - Kemeja lengan panjang putih, seluar slack hitam/gelap, berkasut hitam, berstoking dan bertali leher.
b. Perempuan - Berbaju kurung putih, berkain hitam, tudung putih,berkasut hitam bertutup dan bertumit.

Minggu Pengurusan : 4 - 6 Jun 2012 (Wajib hadir)

Sila muat turun dokumen berkaitan
Maklumat pendaftaran
Senarai nama calon
Kit pendaftaran
Buku Panduan Pendaftaran

TAKLIMAT PENEMPATAN KPLI j-QAF JANUARI 2012

Satu taklimat berkaitan penempatan ke sekolah 2013 selepas tamat latihan akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh    :  5 Jun 2012 (Selasa)
Masa     :  2.30 petang
Tempat  :  Dewan Tun Fatimah

Sila bawa bersama perkara-perkara berikut:

1)  Komputer riba & broadband
2)  Kad pengenalan, surat beranak & surat tawaran KPLI j-QAF
3)  Sijil SPM / SPM Julai
4)  Ijazah, Transkrip & Pengiktirafan Ijazah JPA
5)  Sijil kokurikulum
6)  Sijil bakat
7)  Sijil nikah & surat akuan majikan suami / isteri (bagi yg telah berkahwin)


Kehadiran pelajar berkaitan adalah WAJIB dan direkodkan.

Interaksi KDC & PGSR MEI/JUN 2012 akan dilaksanakan pada 28 Mei 2012 hingga 9 Jun 2012.

Sila muat turun jadual interaksi

TAKLIMAT PERKHIDMATAN KPLI (KDC) NOV 2010 & KPLI j-QAF JAN 2011

Satu taklimat berkaitan perkhidmatan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh      :  24 Mei 2012 (Khamis)
Masa       :  2.15 petang
Tempat    :  Dewan Tun Fatimah

Semua pelajar yang menjalani latihan di NEGERI MELAKA, NEGERI SEMBILAN & JOHOR (DAERAH LEDANG) diWAJIBkan hadir.

Antara kandungan taklimat:
1)  Tawaran Pelantikan
2)  Temuduga ke jawatan tetap
3)  Pengesahan jawatan
4)  Gaji, elaun & kemudahan
5)  Etika penjawat awam
6)  Lain-lain perkara berkaitan perkhidmatan

Sila muat turun surat panggilan

MAKLUMAT BIG PGSR

Sila muat turun surat berikut

KONVOKESYEN IPG TAHUN 2012

Adalah dimaklumkan konvokesyen akan dilaksanakan pada ketentuan berikut :

Tarikh : 10-12 Julai 2012
Tempat: Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya
Sidang : *maklumat ini akan dimasukkan sedikit masa lagi

* maklumat lengkap akan dimasukkan setelah diterima.