Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75400 Melaka. No Telefon : 06-2822264 E-mail : jhep_perempuanmelayu@yahoo.com

Piagam Pelanggan


PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kami, warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak negara, masyarakat dan individu serta memenuhi matlamat pendidikan negara seperti berikut:


PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN


Pembangunan

Menguruskan perolehan kerja KPM dengan amanah, adil dan cekap:
(i)                 Mengeluarkan surat setuju terima kepada petender yang berjaya dalam tempoh 6 bulan  dari tarikh tutup tender;
(ii)               Mengemukakan dokumen kontrak kepada kontraktor dan jabatan pengguna dalam  tempoh satu bulan daripada tarikh ditandatangani;
(iii)             Mengembalikan Cagaran Keselamatan setelah syarat-syarat kontrak disempurnakan sebulan kuatkuasanya tamat; dan
(iv)             Mempamerkan nombor kelompok selepas sebulan daripada tarikh invois diterima  bagi bekalan peralatan.


Kewangan

(i)                 Memastikan agihan waran peruntukan Belanja Mengurus kepada Program/ Aktiviti dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja;
(ii)                Menerima dan menimbangkan Permohonan Pakej yang lengkap dalam tempoh 10 hari bekerja; dan
(iii)             Memastikan pembayaran Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dikreditkan ke dalam akaun sekolah/ Pejabat Pelajaran Negeri (PPD) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan diterima.


Pengurusan Aset

Menguruskan permohonan pelantikan dalam tempoh 2 minggu bagi pelantikan seperti berikut:
(i)                 Pegawai Aset;
(ii)               Pegawai Pemeriksa Harta Modal dan Inventori;
(iii)             Lembaga Pemeriksa Pelupusan;
(iv)             Jawatankuasa Penyiasat; dan
(v)               Pegawai Pemverifikasi Stok.


Pengurusan Sumber Manusia

Memproses urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi laluan hakiki, cemerlang dan time-based serta Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) bagi laluan hakiki dan time-based untuk dikemukakan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.


Tajaan Pendidikan

Mengeluarkan surat kelulusan cuti belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam tempoh tiga (3) minggu selepas permohonan lengkap diterima.


Pembayaran Bil dan Invois

Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).


Pengurusan Aduan

(i)                 mengemukakan maklumbalas kepada isu-isu yang berkaitan KPM melalui media dalam tempoh tiga (3) hari selepas siaran;
(ii)                menghantar surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima; dan
(iii)             memberi maklum balas aduan kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah keputusan penuh diterima.



DASAR PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

(i)                 Menghasilkan perancangan dasar dan pembangunan pendidikan, laporan penyelidikan dan penilaian pendidikan, dan analisis data pendidikan bagi memenuhi keperluan penggubal dan pemutus dasar dalam masa yang ditetapkan:
a.       Menggubal dasar pendidikan bagi memenuhi keperluan sistem pendidikan dalam tempoh enam (6) bulan;
b.      Menghasilkan laporan pencapaian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dalam bentuk Kad Laporan dua (2) kali setahun; dan
c.       Menyediakan data dan maklumat pendidikan yang kemas kini, tepat serta sahih sebanyak dua (2) kali setahun.
(ii)               Membekalkan data dan maklumat pendidikan yang dipersetujui oleh pihak pengurusan atasan kepada individu, agensi dalam dan luar KPM serta pertubuhan antarabangsa dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja; dan
(iii)             Memberi keputusan terhadap cadangan penyelidikan pendidikan selewat-lewatnya empat belas (14) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.


Lembaga Peperiksaan

Mengurus PeperiksaanAwam berdasarkan kepada Kurikulum Kebangsaan KPM dan mengumumkan keputusan yang sah dalam tempoh empat (4) bulan selepas peperiksaan serta mengeluarkan sijil dalam tempoh enam (6) bulan selepas keputusan peperiksaan.
Pembangunan Kurikulum

Memastikan khidmat kepakaran dan runding cara berkaitan kurikulum diberi dalam tempoh lima (5) hari bekerja.


Teknologi Pendidikan

Memastikan semua sekolah mencapai tahap minimum tiga (3) bintang berdasarkan Smart School Qualification Standards (SSQS) pada tahun semasa.


Pengurusan Buku Teks

Memastikan pembekalan buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sampai ke sekolah sebelum sesi tahun baru persekolahan bermula.



OPERASI PENDIDIKAN

(i)                 Mengeluarkan surat tawaran kemasukan murid dalam tempoh maksimum:
a.       30 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran bagi sekolah harian, teknik, sukan, seni dan khas;
b.      Mengumumkan keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) melalui laman web KPM dalam tempoh 45 hari selepas keputusan UPSR diumumkan; dan
c.       Mengumumkan keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) melalui laman web KPM dalam tempoh 45 hari selepas keputusan PMR diumumkan.
(ii)               Memastikan penempatan dan pertukaran guru dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja sebelum tarikh lapor diri;
(iii)             Mengurus pengecualian wajib bagi kanak-kanak/murid berkeperluan khas dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
(iv)             Mengeluarkan status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang memenuhi terma dan syarat dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja;dan
(v)               Mendaftarkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) selepas 30 hari memorandum persefahaman ditandatangani.

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN

(i)                 Memastikan tidak kurang 80% daripada kursus-kursus peningkatan profesionalisme guru yang dirancang untuk guru-guru dalam perkhidmatan dapat dilaksanakan setiap tahun;
(ii)               Memastikan dalam tempoh enam (6) bulan pertama guru permulaan yang dikeluarkan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) memenuhi 80% kehendak pelanggan berdasarkan instrumen penilaian dari aspek kualiti diri; pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran; kebolehan mengurus kokurikulum; dan kemampuan mengurus tugas-tugas di sekolah;
(iii)             Memastikan sekurang-kurangnya 80% program latihan yang didaftarkan dalam dokumen Program Latihan IAB pada tahun berkenaan dilaksanakan;
(iv)              Memastikan tidak kurang 80% pengetua dan guru besar yang baru dilantik dalam tempoh satu tahun mendapat latihan pengurusan dan kepimpinan sekolah di Institut Aminuddin Baki (IAB);
(v)                Mengemukakan Laporan Penarafan Kendiri Sekolah berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) bagi sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Y.B. Menteri Pelajaran dalam bulan Oktober setiap tahun;
(vi)             Memastikan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh lapor diri;
(vii)           Memaklumkan calon yang berjaya dan tidak berjaya mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran; dan
(viii)         Mengurus pengambilan calon guru pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan dalam tempoh 90 hari bekerja selepas pengiklanan.
PIAGAM PELANGGAN IPGM DAN IPG

Piagam Pelanggan
Kami warga Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institut Pendidikan Guru (IPGM dan IPG) dengan tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:
·         memaklumkan penempatan pemohon yang berjaya mengikuti pengajian di IPG dalam tempoh 10 hari bekerja selepas senarai pemohon tersebut diterima dari organisasi berkaitan.
·         memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mematuhi kurikulum pendidikan guru.
·         memaklumkan keputusan peperiksaan akhir program / kursus dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas mesyuarat Senat.
·         menganugerahkan Ijazah atau Diploma kepada lulusan dalam tempoh enam (6) bulan selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan.
·         memastikan guru baharu lulusan IPGM memenuhi 92% kehendak sekolah dari aspek kualiti diri, kemahiran dalam pengajaran-pembelajaran, kebolehan mengurus kokurikulum, dan kemampuan mengurus tugas-tugas di sekolah.
·         mengambil tindakan setiap aduan pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

No comments:

Post a Comment