Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75400 Melaka. No Telefon : 06-2822264 E-mail : jhep_perempuanmelayu@yahoo.com

LAPORAN KEHADIRAN GDL PELAJAR KPLI J-QAF JANUARI 2012

Semua pelajar KPLI j-QaF ambilan Januari 2012 dikehendaki mengisi Borang Kehadiran Guru Dalam Latihan setiap bulan sepanjang menjalani latihan di sekolah. Sila muat turun borang tersebut di sebelah. Borang yang telah lengkap ditandatangani oleh guru besar hendaklah sampai ke JHEP selewat-lewatnya pada 5 haribulan setiap bulan. Sekiranya anda menggunakan pos, sila alamatkan ke:

IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun,
75400 Melaka.
(U/P: Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

* fax : 06-2818467 -U/P: Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PELEKAT KENDERAAN 2012 PELAJAR PPG JUN 2011

Adalah dimaklumkan bahawa pelakat kenderaan yang diguna pakai pada tahun 2011 tidak lagi sah. Sehubungan ini, pelajar dikehendaki membuat permohonan baharu untuk pelekat kenderaan bagi tahun 2012 dengan kadar segera. Sila muat turun Borang Pelekat Kenderaan Pelajar di sebelah. Kenderaan pelajar yang tidak mempunyai pelekat tahun 2012 tidak dibenarkan masuk ke kawasan kampus untuk interaksi akan datang. Harap maklum.

Perhatian Kepada Semua Guru Pelatih Unit PISMP Jan 2009,KPLI jQAF Jan 2011, KPLI KDC Nov 2010 dan B.ED Tesl 2006

Kepada semua guru pelatih unit PISMP amb. Januari 2009, KPLI jQAF amb. Jan 201, KPLI KDC amb. Nov 2010 dan B.ED Tesl 2006 anda diminta untuk memohon sijil tapisan keselamatan dengan kadar segera, sijil ini diperlukan untuk dibawa semasa temuduga pelantikan jawatan.Permohonan perlu dibuat secara online pada laman web berikut : E-Vetting

Pastikan anda menggunakan email yang sah dan mengisi dengan lengkap semua maklumat yang diperlukan termasuk menyediakan gambar berukuran pasport.

Setelah tapisan anda diluluskan, anda akan menerima sijil tapisan keselamatan secara email, anda boleh mencetak sijil tersebut untuk dibawa semasa temuduga. Anda bertanggungjawab penuh untuk menjaga sijil yang telah diberikan.

Jika timbul masalah bolehlah berhubung dengan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. Telefon : 03-88726137 Email : shakirah@cgso.gov.my , noreen@cgso.gov.my

Perhatian Kepada Semua Ketua Unit

Anda diminta mengambil perhatian terhadap perkara berikut :

1. Anda diingatkan untuk menghantar borang laporan tutorial sejurus tutorial dilaksanakan. Borang tutorial tersebut boleh dimuat-turun melalui link di blog ini. Hantarkan satu salinan borang ke JHEP dengan memasukkan borang tersebut ke dalam fail yang disediakan dan turunkan tandatangan pada borang yang disediakan.

2. Anda diingatkan untuk menurunkan tandatangan semasa mengambil dan memulangkan buku rekod kehadiran pada setiap hari. Masa untuk memulangkan buku rekod kehadiran adalah sebelum jam 4.30 petang pada setiap hari.