Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75400 Melaka. No Telefon : 06-2822264 E-mail : jhep_perempuanmelayu@yahoo.com

LAPORAN KEHADIRAN GDL PELAJAR KPLI J-QAF JANUARI 2012

Semua pelajar KPLI j-QaF ambilan Januari 2012 dikehendaki mengisi Borang Kehadiran Guru Dalam Latihan setiap bulan sepanjang menjalani latihan di sekolah. Sila muat turun borang tersebut di sebelah. Borang yang telah lengkap ditandatangani oleh guru besar hendaklah sampai ke JHEP selewat-lewatnya pada 5 haribulan setiap bulan. Sekiranya anda menggunakan pos, sila alamatkan ke:

IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun,
75400 Melaka.
(U/P: Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

* fax : 06-2818467 -U/P: Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PELEKAT KENDERAAN 2012 PELAJAR PPG JUN 2011

Adalah dimaklumkan bahawa pelakat kenderaan yang diguna pakai pada tahun 2011 tidak lagi sah. Sehubungan ini, pelajar dikehendaki membuat permohonan baharu untuk pelekat kenderaan bagi tahun 2012 dengan kadar segera. Sila muat turun Borang Pelekat Kenderaan Pelajar di sebelah. Kenderaan pelajar yang tidak mempunyai pelekat tahun 2012 tidak dibenarkan masuk ke kawasan kampus untuk interaksi akan datang. Harap maklum.